Sementara belum boleh keluar ni saya ingat nak cari kerja online je dulu. Selain jobstreet, apa lagi laman web yang bagus untuk cari kerja?
Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link and will create a new password via email.
Abu Sofea
Untuk cari kerja kosong ada banyak laman web yang popular di Malaysia seperti:
1. MauKerja.my – laman web seperti Jobstreet. Ada ruangan blog yang memberikan perkongsian tips dan panduan.
2. LinkedIn – Satu komuniti khususnya untuk profesional memaparkan kepakaran. Ramai orang boleh review dan ada majikan menggunakan LinkedIn untuk mencari pekerja baru.
3. Indeed Malaysia – Portal cari kerja yang ringkas tetapi banyak pilihan. Indeed ini dikira antarabangsa kerana ditawarkan di banyak negara. Setiap bulan, kira-kira 250 juta pengunjung mencari kerja di sini.
4. SPA Online – khusus untuk kerja kerajaan dalam sektor awam
5. MyStarJob – Sama juga seperti portal carian yang lain. Ada banyak pilihan kerja kosong. Portal ini adalah cabang daripada Star Media Group yang terkenal dengan akhbar TheStar.