Dalam PKP ini bisnes nampaknya tidak berapa bagus. Ada yang sampai gulung tikar kerana tidak dapat tampung kos overhead. Jika dapat petua dan tips untuk kekal bisnes dari segi jualan, amat dialu-alukan.
Share
Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link and will create a new password via email.
Zaini
Saya ada terbaca artikel di internet beberapa tips yang boleh dilakukan ketika PKP antaranya:
1. Gunakan kuasa internet sepenuhnya. Jika sebelum PKP hanya fokus jualan di kedai secara walk-in customer, boleh lebarkan jualan di internet dengan buat penghantaran. Kenakan sedikit caj untuk penghantaran. Boleh gunakan khidmat penghantaran selepas Lalamove dan TheLorry.com.
2. Tambahkan kategori produk jualan. Jika sebelum ini cuma jual satu atau dua barang, tambahkan kepada beberapa lagi barangan yang bersesuaian dengan skop bisnes.